METRO Corporate Compliance

Pematuhan – Terpulang kepada anda!

Pematuhan dan integriti adalah amat penting dalam METRO GROUP. Oleh sebab itu, Lembaga Pengurusan mengkehendaki semua pekerja dan anggota pengurusan METRO GROUP untuk bertindak mengikut undang-undang semasa, Prinsip Perniagaan METRO GROUP, dan garis panduan syarikat – di mana sahaja dan pada setiap masa. Pematuhan tidak boleh ditawar menawar bagi kami!

Sistem pemberi maklumat telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada sistem Pematuhan METRO GROUP untuk tujuan menerima laporan tentang pelanggaran pematuhan yang diperhatikan di dalam METRO GROUP; ia boleh diakses oleh pekerja METRO GROUP dan pihak ketiga luar, misalnya para pelanggan atau rakan niaga.

Sistem ini biasanya membenarkan pelaporan kejadian secara tanpa nama. Walau bagaimanapun, METRO GROUP lebih suka orang yang melapor memperkenalkan diri kerana ini memudahkan pengendalian siasatan yang pantas dan cekap. Semua laporan dijaga dengan kerahsiaan yang paling ketat, dan pemberi maklumat dilindungi sebagai kelaziman.

Laporan anda menyumbang kepada kejayaan ekonomi syarikat dan kelestarian pekerjaan.

Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama anda!

Lembaga Pengurusan, METRO AG

Apakah jenis laporan membantu kepada METRO GROUP?
Mengapakah saya perlu mengemukakan laporan?
Bagaimanakah laporan saya akan diproses, bagaimanakah saya menyediakan peti mel?
Bagaimanakah saya boleh menerima jawapan, dan kekal tanpa nama pada masa yang sama?