ams-OSRAM – Menschenrechte

The link for tell ams OSRAM has been updated. please click here: https://www.bkms-system.net/Tell-amsOSRAM.

Selamat datang ke Sistem Pemberitahuan Hak Asasi Manusia dalam “Tell ams OSRAM”

ams OSRAM menghormati hak asasi manusia dengan aktiviti yang kita lakukan, orang yang kita bekerjasama atau produk dan perkhidmatan kita. Kami menyatakan ini dalam Dasar Hak Asasi Manusia ams OSRAM dan Kod Etika bagi Pembekal.

Kami ingin tahu sama ada kami menjejaskan orang secara negatif. Anda perlu tampil kepada kami sekiranya anda merasakan diri anda diancam dalam pelbagai cara oleh orang yang berkaitan dengan ams OSRAM. Sila laporkan jika anda melihat apa-apa risiko yang membahayakan. Sesiapa di dalam dan di luar organisasi ams OSRAM boleh mengadu kepada kami.

Kami tidak akan bertolerasi kepada sebarang ancaman atau hukuman kepada sesiapa yang mengadu. Kami akan melindungi hak privasi anda. Anda adalah bebas untuk melaporkan sebarang aduan tanpa menyatakan identiti anda. Kami menggalakkan anda menyatakan nama anda apabila anda membuat laporan supaya kami dapat menyelesaikannya dengan lebih mudah.

Jika anda atau orang lain merasa terancam oleh ams OSRAM atau sesiapa yang melakukan perniagaan dengan ams OSRAM, sila gunakan “Tell ams OSRAM” untuk melaporkannya. Sila laporkan sebarang risiko yang membahayakan supaya kami boleh mengambil langkah pencegahan. Contohnya: Orang yang diancam, diganggu atau diskriminasi di tempat kerja; pencemaran alam sekitar; atau, kesan negatif pada produk atau perkhidmatan kami.

“Tell ams OSRAM” terbuka kepada sesiapa yang merasakan dirinya terjejas oleh aktiviti ams OSRAM atau mereka yang menjalankan perniagaan dengan ams OSRAM. Ianya termasuk namun juga tidak terhad kepada:

  • Pekerja ams OSRAM, pembekal, pembekal perkhidmatan dan rakan kongsi perniagaan (termasuk pekerja sementara dan kontraktor) di mana-mana negara
  • Komuniti setempat di sekitar tapak kita dan pembekal kita
  • Pengguna produk atau perkhidmatan ams OSRAM.
Apa yang boleh dilaporkan?
Bagaimana sesuatu maklumat diproses?
Bagaimana saya boleh mendapat jawapan, tetapi pada masa yang sama kekal tanpa nama?