DASAR PRIVASI DAN KUKI
1. MENGENAI KAMI
Danone Ethics Line (“Ethics Line”) dimiliki dan dikendalikan oleh Danone S.A., sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah undang-undang Perancis, dengan ibu pejabat yang terletak di 17 Boulevard Haussmann, 75009 Paris. Data peribadi yang dimasukkan ke dalam Ethics Line akan disimpan bagi pihak Danone S.A. dalam pangkalan data yang dikendalikan oleh Business Keeper AG, Bayreuther Str. 35, 10789 Berlin, Jerman.
Untuk apa-apa soalan yang anda musykil mengenai Dasar Privasi Data dan Kuki ini, sila hubungi kami di privacy@danoneethicsline.com.
Dasar Privasi dan Kuki ini ("Dasar") terpakai kepada Ethics Line dan mentadbir penggunaan yang dibuat terhadap data pengguna Ethics Line ("Pelapor"). Membacanya dengan teliti akan membantu memastikan tidak terdapat apa-apa di dalamnya yang tidak bersedia dipersetujui oleh Pelapor.
2. UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
Dasar ini ditadbir oleh undang-undang Perancis.
3. PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI PELAPOR
Danone S.A. mendukung perlindungan data peribadi yang paling ketat yang disediakan atau dicipta oleh Pelapor semasa menggunakan Ethics Line.
Tiada maklumat yang mengenal pasti diri dikumpulkan secara automatik daripada semak imbas Pelapor pada halaman web Ethics Line.
Apabila Pelapor memutuskan untuk mengemukakan laporan atau pertanyaan, pendedahan lokasi mereka dan bahasa pilihan mereka menjadi kemestian.
Secara amnya, data yang mengenal pasti diri seperti nama dan/atau e-mel Pelapor dikumpul dan diproses hanya apabila didedahkan secara sukarela oleh Pelapor. Namun demikian, undang-undang kebangsaan beberapa negara tertentu menghendaki pendedahan ini sebagai syarat untuk melaporkan topik tertentu: dalam hal ini, Pelapor yang tidak sanggup mendedahkan data mereka tidak akan dapat menggunakan Ethics Line kami.
Jika Pelapor mencipta akaun peribadi, untuk mengaksesnya, mereka akan dikehendaki mendedahkan kelayakan log masuk mereka: maklumat pengesahan identiti ini disimpan dengan selamat dan hanya digunakan untuk membantu Pelapor mengakses akaun atau laporan mereka.
Maklumat peribadi yang kami kumpulkan mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat e-mel, nombor telefon tetap atau mudah alih, majikan, dan apa-apa maklumat lain yang berguna untuk memproses laporan mereka dengan berkesan.
Kami juga akan memproses semua maklumat peribadi yang disertakan oleh Pelapor dalam laporan mereka.
Data yang dikemukakan secara sukarela oleh Pelapor boleh, di bawah tanggungjawab dan inisiatif Pelapor, mendedahkan atau berkait dengan: ciri-ciri fizikal, status perubatan/kesihatan, asal usul etnik, agama dan/atau orientasi seks mereka. Dengan memberikan data sedemikian, yang bersifat pilihan sepenuhnya, Pelapor menyatakan niatnya dan, dengan demikian, secara nyata bersetuju dengan, dan memikul tanggungjawab sendiri terhadap, pemprosesan data ini oleh Danone S.A. dan pihak ketiga yang diwakilkannya, mengikut mana yang berkenaan.
3.1. Siapakah yang mempunyai akses kepada maklumat Pelapor?
Semua langkah berjaga-jaga telah diambil pada pangkalan data kami untuk menyimpan maklumat Pelapor dalam persekitaran yang terjamin. Hanya sebilangan kecil kakitangan Danone S.A. mempunyai akses kepada maklumat Pelapor.
Danone S.A. boleh memindahkan maklumat Pelapor (atau dengan cara lain menjadikannya tersedia) kepada pihak ketiga yang dipercayai yang memproses laporan bagi pihaknya (syarikat yang dimiliki dan dikendalikan, secara langsung atau tidak langsung, oleh Danone S.A., perunding luar, juruaudit). Danone S.A. hanya memindahkan data setakat yang perlu untuk pihak ketiga ini untuk melaksanakan tugas yang dikehendaki. Danone S.A. juga boleh mendedahkan data Pelapor kepada pihak ketiga, seperti pihak berkuasa awam yang berwibawa, untuk tujuan mematuhi undang-undang dan peraturan wajib yang berkenaan.
Danone S.A. beroperasi di peringkat antarabangsa. Oleh itu, data peribadi pelapor mungkin dipindahkan ke seluruh dunia di mana entiti Danone S.A. atau pihak ketiga yang diwakilkan wujud dan/atau beroperasi, termasuk ke negara-negara yang undang-undang perlindungan datanya berbeza daripada Perancis. Pemindahan sedemikian dilakukan mengikut peraturan perlindungan data Perancis yang diterima pakai di bawah syarat-syarat keselamatan yang memungkinkan perlindungan data peribadi Pelapor.
3.2. Hak-hak pelapor
Sehingga takat yang dibenarkan oleh undang-undang, Pelapor boleh meminta akses kepada data yang berkaitan dengan dirinya supaya ia diubah, dihapuskan atau melarang penggunaannya oleh Danone S.A. Permintaan sedemikian boleh dilakukan dengan menghantar e-mel ke privacy@danoneethicsline.com.
4. DASAR KUKI
Semasa penggunaan Ethics Line, fail teks (yang disebut "kuki sesi") disimpan pada komputer Pelapor. Ia hanya mengandungi bilangan sesi Pelapor.
Ini adalah perlu atas sebab teknikal untuk mewujudkan sambungan kepada pelayan yang disahkan keselamatan (security-certified server). "Kuki sesi" tidak merosakkan komputer Pelapor, tidak mengakses data mereka dan tidak mempunyai perhubungan dengan kandungan laporan mereka. Apabila Pelapor menutup semua tetingkap penyemak imbas selepas menyerahkan laporan mereka, "kuki sesi" akan tamat tempoh dan dipadamkan secara automatik.