thyssenkrupp AG

Pematuhan di thyssenkrupp – sila beri sokongan anda

Sistem pemberi maklumat ini membolehkan anda membuat laporan mengenai pelanggaran undang-undang atau dasar tentang topik pematuhan yang khusus kepada thyssenkrupp AG jika pelanggaran tersebut melibatkan syarikat-syarikat dalam Kumpulan thyssenkrupp. Anda boleh memilih untuk kekal tanpa nama jika ini adalah sah di negara dan situasi masing-masing.

Sistem pemberi maklumat ini dikendalikan oleh EQS Group AG di Berlin, penyedia luar yang bertindak bagi pihak thyssenkrupp AG. Sistem ini disahkan secara berkala oleh pakar luar berkenaan dengan keselamatan dan perlindungan datanya.

Maklumat anda membantu kami mengatasi pelanggaran pada peringkat awal dan mengehadkan kerosakan terhadap syarikat kita, pekerja kita dan rakan niaga kita.

Sistem pemberi maklumat ini adalah terbuka kepada semua pekerja thyssenkrupp dan juga pihak ketiga (pelanggan, pembekal, dan sebagainya). Sila laporkan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan Amerika Syarikat dan Kanada secara terus kepada sistem pemberi maklumat thyssenkrupp Amerika Utara, www.thyssenkrupp-north-america.com.

Semua maklumat yang diterima dikendalikan oleh Pegawai Pematuhan thyssenkrupp AG dengan kerahsiaan yang paling ketat. thyssenkrupp memastikan bahawa pekerja tidak akan mendapat kerugian dengan apa-apa cara akibat daripada maklumat yang didedahkan dengan suci hati. Oleh sebab melemparkan syak wasangka kepada orang lain boleh memberi akibat yang serius kepada orang berkenaan, adalah amat penting supaya sistem pemberi maklumat digunakan secara bertanggungjawab.

Laporan yang diserahkan melalui sistem ini adalah salah satu cara untuk memberikan kami maklumat tentang kemungkinan pelanggaran pematuhan. Walau bagaimanapun, atas semangat budaya korporat yang berasaskan keterbukaan, kami menggalakkan semua pekerja untuk bersemuka dahulu dengan orang hubungan di dalam syarikat, misalnya pengurus peringkat mereka atau Jabatan Perundangan dan Pematuhan.

Apakah jenis maklumat yang boleh saya kemukakan?
Bolehkah saya mengemukakan maklumat secara tanpa nama?
Bagaimanakah saya mengemukakan laporan?
Bolehkah saya menerima maklum balas/ maklumat mengenai status proses?