Segala data dilindungi
Apakah “Tell OSRAM” dan apakah tujuan proses ini?
“Tell OSRAM” (Beritahu OSRAM) merupakan suatu ciri tapak web yang ditawarkan oleh OSRAM kepada kakitangan, pelanggan, pembekal dan rakan niaga yang lain untuk melaporkan tingkah laku ketidakpatuhan oleh kakitangan, pelanggan, pembekal dan rakan kongsi perniagaan OSRAM.
“Tell OSRAM” disediakan oleh OSRAM GmbH, Marcel-Breuer-Str. 6, 80807 Munich, Germany (”OSRAM”). Tapak web tenpat anda boleh melaporkan kejadian dengan menggunakan borang dalam talian, dan pangkalan data tempat maklumat dan data peribadi yang disimpan, yang dikendalikan oleh Business Keeper AG, Bayreuther Str. 35, 10789 Berlin.
Apakah jenis salah laku yang boleh dilaporkan?
Hanya kes salah laku yang diperihalkan dalam senarai di bawah ini boleh dilaporkan melalui “Tell OSRAM”, bagi kumpulan orang yang dinyatakan dalam Bahagian 1:
- Rasuah / sogokan:
- Pelanggaran peraturan persaingan;
- Pelanggaran peraturan perakaunan;
- Penipuan aset / kesalahan harta benda;
- Pelanggaran peraturan kastam dan perdagangan asing;
- Pelanggaran peraturan alam sekitar dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
- Peraturan pekerjaan yang menyalahi undang-undang.
Salah laku dalam bidang lain yang sepatutnya dilaporkan melalui saluran pelaporan dalaman yang biasa. Pelaporan apa-apa kejadian yang disebut di atas melalui “Tell OSRAM” seharusnya dianggap sebagai tambahan kepada saluran pelaporan lain yang sedia ada dan bukan dengan apa-apa cara sebagai penggantinya.
Apakah maklumat peribadi yang dikumpulkan dan diproses?
Apabila menggunakan “Tell OSRAM” untuk melaporkan pelanggaran peraturan, maklumat peribadi berikut yang anda masukkan ke dalam laporan dikumpulkan, diproses dan digunakan:
- Nama anda, butir-butir hubungan anda dan sama ada anda pekerja OSRAM atau sebaliknya;
- Nama dan maklumat peribadi lain orang yang dituduh atau orang yang dinyatakan dalam laporan anda setakat mana yang anda boleh disediakan maklumatnya (contohnya data hubungan atau perihalan kerja mereka);
- Keterangan tingkah laku yang berkenaan dan juga keterangan tentang fakta-fakta dan keadaan yang menyelubungi kejadian itu, pernyataan mengenai jabatan OSRAM yang terlibat, pernyataan berkenaan dengan pengetahuan pihak pengurusan dan sama ada namanya mahu dilaporkan atau tidak.
Bagaimana dan di manakah maklumat peribadi diproses selepas laporan, dan siapakah yang mempunyai akses kepada maklumat itu?
Semua maklumat peribadi yang dinyatakan dalam laporan anda disimpan dalam pangkalan data “Tell OSRAM”. Pangkalan data ini dijamin dengan menggunakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang ketat. Business Keeper AG tidak mempunyai akses kepada data ini.
Hanya kakitangan daripada Pejabat Pematuhan Korporat di dalam OSRAM GmbH mempunyai akses kepada data yang disimpan di dalam “Tell OSRAM”. Mereka mengkaji semula maklumat ini, menjalankan siasatan, mengambil langkah-langkah pembetulan jika perlu dan/atau mengenakan hukuman.
Bergantung pada kandungan laporan, kakitangan di dalam Jabatan Sumber Manusia, pengauditan, undang-undang atau keselamatan, atau pihak pengurusan OSRAM GmbH atau syarikat bersekutu dan juga penasihat luar (contohnya penasihat undang-undang) mungkin diberikan akses kepada data ini.
Jika perlu, data mungkin disalurkan kepada pihak polis dan/atau pihak berkuasa penyiasatan yang lain atau pihak berkuasa lain yang berkaitan.
Lokasi, tempat data peribadi yang diterima dan diproses, mungkin berada di Amerika Syarikat atau negara lain di mana tahap undang-undang perlindungan data tidak setanding dengan Kesatuan Eropah.
Dalam kes tertentu kita terikat di sisi undang-undang untuk memberitahu tertuduh dalam jangka masa yang munasabah bahawa kita telah menerima maklumat tentang mereka. Mereka kemudiannya boleh mengulas mengenai fakta-fakta dan hal keadaan yang diperihalkan dalam laporan itu. OSRAM tidak akan mendedahkan identiti anda kepada tertuduh.
Berapa lamakah data peribadi disimpan selepas diserahkan laporan?
Maklumat peribadi yang disediakan oleh diri anda disimpan selagi perlu untuk memproses laporan anda, dan jika perlu sehingga hukuman dikenakan atau jika undang-undang menyatakan bahawa ia perlu disimpan untuk tempoh masa tertentu. Jika laporan yang didapati tidak berasas maka ia akan dihapus serta-merta bersama-sama dengan apa-apa maklumat peribadi yang terkandung di dalamnya.