Sila dayakan kuki untuk menggunakan BKMS® Incident Reporting.
Untuk maklumat lanjut tentang kuki, klik di sini.
Selamat datang ke Sistem Pematuhan “Whistleblowing”
Mengimbas kembali kepada sejarah syarikat ams OSRAM yang berjaya. Kejayaannya adalah berdasarkan kepada kepimpinan teknologi dan inovasi, tanggungjawab sosial dan integriti kakitangan dan pihak pengurusannya pada semua peringkat.
ams OSRAM bertanggungjawab untuk mengesan, menyelesaikan dan bertindak balas dengan sewajarnya terhadap apa-apa kesalahan pematuhan. Kurang kepekaan kepada isu “pematuhan” boleh membahayakan seluruhan syarikat.
Pematuhan bermaksud pematuhan kepada semua garis panduan undang-undang, di samping peraturan dalaman yang berdasarkan garis panduan ini, pelanggarannya boleh mengakibatkan hukuman jenayah atau pentadbiran. Kesalahan pematuhan boleh mengakibatkan kehilangan kepercayaan oleh pekerja, pembekal, pelanggan dan rakan niaga yang lain dan juga kehilangan reputasi syarikat dan jenama ams OSRAM.
Sistem “Tell ams OSRAM” telah ditubuhkan sebagai satu cara bagi pekerja ams OSRAM dan pihak luar untuk melaporkan kesalahan pematuhan (yang disebut “whistleblowing”).
Sila pertimbangkan bahawa maklumat yang anda laporkan boleh memberi kesan buruk kepada pekerja, pembekal, pelanggan dan rakan niaga ams OSRAM. Oleh itu, anda sepatutnya hanya memberikan maklumat jika anda pasti tentang ketepatannya.
Apa-apa maklumat yang anda berikan akan dirahsiakan, oleh itu kami menggalakkan anda menyatakan nama anda jika anda menghantar laporan. Sila ambil perhatian bahawa sistem “Tell ams OSRAM” menawarkan anda satu platform komunikasi yang terjamin dengan menggunakan teknologi privasi yang terkini.