Danone S.A.

Tanya soalan, dapatkan bantuan atau suarakan kebimbangan

Di Danone tingkah laku perniagaan beretika adalah tanggungjawab semua orang, termasuk mereka yang bekerja bagi pihak Danone, kerana kita berusaha untuk membawa kesihatan melalui makanan kepada seberapa ramai orang yang mungkin.

Danone menggalakkan sesiapa sahaja yang mengambil berat tentang kemungkinan salah laku, ketidakpatuhan dasar kita, tataamalan yang diterima pakai atau kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan untuk mendapatkan bantuan; meminta nasihat atau menyuarakan kebimbangan. Sekira dirasakan tidak betul, beritahu seseorang.
Anda harus terlebih dahulu memberitahu penyelia atau pengurus anda, HR atau pematuhan setempat atau wakil di sisi undang-undang anda. Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat berbuat demikian atau merasa tidak sesuai untuk bersemuka dengan seseorang secara dalaman, anda boleh menggunakan Ethics Line Danone. Tapak laporan internet ini diuruskan secara bebas daripada Danone, dengan sokongan di seluruh dunia dan membolehkan anda untuk menimbulkan kebimbangan secara tanpa nama, jika anda mahu, dan menurut undang-undang tempatan di negara anda.

Perhatian: sistem ini tidak boleh digunakan untuk isu HR seperti pertanyaan pembayaran gaji, isu berkaitan prestasi, kilanan am dsb. Hal-hal ini harus dikemukakan kepada dan dikendalikan oleh pasukan pengurusan setempat anda dan tidak akan diuruskan melalui Ethics Line Danone.

Apa-apa soalan atau kebimbangan yang anda suarakan, tidak kira bagaimana, akan diperlakukan serahsia yang mungkin semasa Danone membuat susulan dan menyiasat dengan adil dan saksama dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan dan obligasi pelaporan kerajaan.

Mengapakah saya perlu mengemukakan laporan/soalan?
Apakah proses untuk menghantar laporan?
Apakah yang berlaku selepas saya mengemukakan laporan?
Bagaimanakah saya boleh menerima jawapan namun kekal tanpa nama?
DASAR PRIVASI DAN KUKI