OSRAM – Startseite

“Tell OSRAM” merupakan sistem pemberitahuan untuk pelanggaran Pematuhan Privasi Data & Pelanggaran Hak Asasi Manusia

OSRAM menjangkakan pekerjanya untuk bertindak secara penuh tanggungjawab dan dengan peribadi yang berintegriti serta penerapan nilai-nilai beretika dalam urusan harian mereka. Sekiranya anda menyedari apa-apa kelakuan perniagaan tidak beretika atau menyalahi undang-undang dalam bidang Pematuhan (terutamanya undang-undang antirasuah atau antitrust atau pencegahan pengubahan wang haram) atau dalam bidang Privasi Data dalam bidang Hak Asasi Manusia, sila gunakan saluran “Tell OSRAM” untuk melaporkan sebarang potensi pelanggaran atau kebimbangan dengan cara yang selamat dan rahsia. Sistem makluman ini boleh digunakan untuk semua syarikat sekutu kumpulan OSRAM termasuk OSRAM Continental. Sila bantu pihak OSRAM untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkenaan.

Pemberi Maklumat Pematuhan

OSRAM bertanggungjawab untuk mengesan, menyelesaikan dan bertindak secara wajar ke atas sebarang kesalahan pematuhan. Kesalahan pematuhan adalah salah laku berkaitan dengan pelanggaran undang-undang dan peraturan berkaitan dengan aktiviti perniagaan, yang mungkin mengakibatkan prosiding jenayah atau denda pentadbiran atau prinsip perakaunan.

Pemberitahuan Pelanggaran Data

Sekiranya berlaku Pelanggaran Data, OSRAM mungkin perlu untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa penyeliaan yang berkenaan dan juga individu yang terlibat dalam jangka masa yang singkat, seperti hanya dalam tempoh 72 jam. Pelanggaran Data berlaku jika data peribadi didedahkan dan boleh diakses oleh individu yang tidak dibenarkan.

Pelanggaran & persoalan Hak Asasi Manusia

OSRAM menghormati hak asasi manusia kepada orang yang dipengaruhi oleh apa yang kita lakukan, yang kita bekerjasama dan apa yang kita tawarkan kepada pelanggan kita.

Pekerja dan pihak berkepentingan luar boleh menyuarakan pelanggaran dan persoalan mengenai kesan atau penyalahgunaan hak asasi manusia yang berkaitan dengan operasi OSRAM, hubungan perniagaan, rantaian pembekalan atau produk.