ams-OSRAM – Startseite

“Tell ams OSRAM” merupakan sistem makluman untuk Pelanggaran Pematuhan, Privasi Data & Pelanggaran Hak Asasi Manusia

ams OSRAM menjangkakan pekerjanya bertindak dengan bertanggungjawab dan peribadi yang berintegriti serta menggunakan nilai-nilai etika ini dalam urusan harian mereka. Sekiranya anda mendapati sebarang kelakuan perniagaan yang tidak beretika atau menyalahi undang-undang (terutamanya undang-undang anti-rasuah, anti-persaingan atau pencegahan pengubahan wang haram), dalam bidang Privasi Data atau Hak Asasi Manusia, sila gunakan saluran “Tell ams OSRAM” untuk melaporkan sebarang potensi pelanggaran atau kebimbangan secara selamat dan rahsia. Sistem makluman ini boleh digunakan untuk semua syarikat sekutu kumpulan ams OSRAM. Sila bantu pihak ams OSRAM untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkenaan.

Pematuhan “whistleblowing”

ams OSRAM bertanggungjawab untuk mengesan, menyelesaikan dan bertindak secara wajar ke atas sebarang kesalahan pematuhan.

Kesalahan pematuhan adalah salah laku berkaitan dengan pelanggaran prinsip perakaunan atau undang-undang dan peraturan berkaitan dengan aktiviti perniagaan ams OSRAM, yang mungkin mengakibatkan prosiding jenayah atau denda pentadbiran.

Makluman Pelanggaran Data

Sekiranya berlaku Pelanggaran Data, ams OSRAM perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa penyeliaan yang berkenaan dan juga individu yang terlibat dalam jangka masa yang singkat, contohnya dalam tempoh 72 jam.

Pelanggaran Data berlaku jika data peribadi didedahkan dan boleh diakses oleh seseorang yang tidak dikuasakan.

Pelanggaran & persoalan Hak Asasi Manusia

ams OSRAM menghormati hak asasi manusia kepada orang yang berkenaan dengan apa yang kita lakukan, siapa yang kita bekerjasama dan apa yang kita tawarkan kepada pelanggan kita.

Pekerja dan pihak berkepentingan luar boleh menyuarakan pelanggaran atau persoalan mengenai kesan atau penyalahgunaan hak asasi manusia yang berkaitan dengan operasi ams OSRAM, hubungan perniagaan, rantaian pembekalan atau produk.